Monday 7 October 2013

Media Sosial

Media sosial memainkan peranan yang penting dalam satu negara. Media sosial perlu menyiarkan maklumat yang benar dan adil kepada semua rakyat. Tambahan pula, media sosial tidak patut menjadi sebagai alat politik, mereka haruslah memberi maklumat tanpa berat sebelah.


Selain itu, media sosial harus memberi mesej yang positif. Contohnya, elakkan menyiarkan program-program lucah dan ganas. Mereka haruslah menyiarkan program-program yang dapat memberi faedah dan pengajaran kepada masyarakat supaya melahirkan masyarakat yang harmoni dan aman.



Dalam zaman moden kini, remaja-remaja amat tergantung kepada media sosial seperti twitter, facebook dan sebagainya. Ini telah menunjukkan ia akan mempengaruhi fikiran remaja kini. Oleh itu, kerajaan perlu mengawalnya dengan sebaiknya.






No comments:

Post a Comment