Tuesday 29 October 2013

Tanggungjawab

Sikap bertanggungjawab amat penting kepada seseorang. Tanpa mengira dalam belajar ataupun bekerja, kita mesti mempunyai sikap yang sanggup memikul dan melaksanakan tugas dengan sempurna.


Apabila belajar, kita haruslah menyiapkan semua tugasan seperti assignment dan tutorial dalam masa yang ditetapkan. Ini merupakan tanggungjawab pelajar. Jika sedikit cabaran kita pun tidak dapat menghadapi, apa kata lagi untuk masa depan kita? Now is just the beginning!



Untuk bekerja, kita mesti sentiasa memberi layanan yang ikhlas kepada semua pelanggan. Kita mesti sentiasa memberi senyuman apabila berhadapan mereka. Ini bukan sahaja tanggungjawab sebagai pekerja, dan juga menunjukkan kesopanan seseorang. Dan amat penting sekali, kerja yang diberi mestilah disiapkan dengan terbaik dan kemas.



Tambahan pula, kita juga perlu tanggungjawab terhadap ahli keluarga. Sebagai anak, kita haruslah sentiasa menghormati orang tua terutamanya ibu bapa. Mereka merupakan orang yang menjaga kita dari kecil hingga dewasa.Mahupun kita sudah besar, tetapi mereka masih sentiasa akan bimbang tentang tingkah laku anak mereka.



Akhir sekali, pemimpin negara memainkan peranan yang amat penting untuk negara. Seorang pemimpin telah dipilih oleh semua rakyat, maka dia patutlah taat setia kepada tugasannya. Elakkan melakukan perkara yang akan menjejaskan imej negara kita.



Kesimpulannya, sikap tanggungjawab amat penting untuk kerjaya kita. Tanpa mengira sesiapa, kita mestilah sentiasa mengingatkan sendiri supaya sentiasa melakukan perkara yang berfaedah kepada sendiri dan juga orang lain.

No comments:

Post a Comment