Wednesday 20 November 2013

Kahwin

  Pada zaman dahulu, mereka berasa selepas kahwin, pasangan itu mestilah hidup bersama seumur hidup. Tanpa mengira ada sebarang perselisihan faham ataupun pergaduhan, mereka akan bertoleransi antara satu sama  lain. Mereka tidak akan bercerai secara suka hati.


  Tetapi pada zaman sekarang, kadar bercerai adalah semakin tinggi. Adakah bercerai untuk masa kini menjadi satu trend? Dan semakin muda pasangan itu, semakin tinggi risikonya bercerai. 



  Kahwin, merupakan satu perjanjian antara pasangan itu. Sebagai bukti lelaki berjanji sanggup menjaga perempuan itu sepanjang hidup dan rela untuk membina satu keluarga dengan mereka. 

Perempuan juga sanggup membina sebuah keluarga yang bahagia dengan suaminya. Yang paling penting sekali adalah pasangan itu mestilah bertoleransi dan saling hormat-menghormati


 Apabila ada masalah, mereka patut beritahu pasangannya, dan bukan bersimpan dalam hati. Akhirnya pergaduhan akan berlaku. Tetapi, tiada pasangan yang tidak pernah bergaduh selepas kahwin. Oleh itu, pastikan anda sudah bersedia untuk kahwin, perkahwinan bukanlah sebarang permainan.




No comments:

Post a Comment