Sunday 17 November 2013

Kejujuran Dalam Hubungan

Kejujuran
Dari kecil hingga dewasa, tanpa mengira ibu bapa atau guru  sentiasa ajar kita, mesti menjadi seorang yang jujur, jika menipu, akan berdosa, akan ditangkap dan lain-lain.


 Adakah jujur begitu penting?

Perpatah berkata, When u trying to lie, you will need to lie unlimited times to cover the first lie.
Dalam keluarga, kita mesti sentiasa jujur kepada ibu bapa, kerana mereka adalah orang yang paling sayang kita, mereka sentiasa harap bila kami mengalami masalah, berkongsi dengan mereka. Mungkin tidak dapat tolong, tetapi mereka masih harap boleh menjadi pendengar kami.Bila kita mempunyai perkara yang gembira, kami juga mesti berkongsi dengan mereka =)


Dalam percintaan, kita mesti jujur kepada pasangan. Kita mesti taat setia terhadap mereka. Jangan mempunyai hubungan yang complicated. Jika mempunyai latar belakang yang negatif, kita juga mesti jujur kepada mereka. Jangan tipu-menipu, ini hanya akan menjadi kedua-duanya sedih pada akhirnya.



Dalam pelajaran, kita juga perlu jujur kepada rakan-rakan dan guru. Jika anda mahu orang berikhlas dengan anda, anda mesti mempunyai hati yang ikhlas dulu. Jangan sentiasa bergossip belakang sesuatu orang tetapi berpura-pura berbaik sahaja di depannya. Ini mungkin cara sosialis untuk anda, tetapi pastilah susah untuk mencari seorang kawan yang berikhlas. Seterusnya, jika mempunyai masalah tentang pengajaran, mesti bincang dengan guru/lecturer, berdiam-diam hanya membawa masalah yang lebih besar pada masa depannya.



Walaupun begitu, tetapi adakah anda rasa, dalam situasi tertentu, kita juga terpaksa menipu?

Apabila kita rasa menipu lebih baik daripada orang itu mengetahui perkara yang benar, kita akan memilih memberi jawapan yang palsu, supaya orang itu dapat berhidup dengan gembira. Tanpa mengira akhirnya kesan baik atau buruk. 


Dalam situasi yang berbeza, kita mempunyai penyelesaian yang berbeza untuk menyelesaikannya. Kita tidak boleh bernilai menipu sama ada baik atau tidak. Dalam dunia ini, tiada orang berani mengaku mereka tidak pernah menipu. Oleh itu, jika kita berasa perkara itu betul, buatlah sahaja, lebih baik daripada menyesal nanti. 

No comments:

Post a Comment