Friday 8 November 2013

Ramai graduan yang baru tamat pengajian di IPT menganggur?!

Mengapa?
- Tiada ciri kepimpinan
- Hanya tumpu perhatian dalam bidang akademik yang mereka pelajari
- Meminta gaji dan jawatan yang tinggi
-Peluang pekerjaan dalam masyarakat kurang daripada penawaran
-Tiada kemahiran/pengalaman bekerja (soft skills)


Kesan?
Dari segi ekonomi
- Kadar pengangguran Negara meningkat
- Perbelanjaan pengguna terhadap barangan merosot kerana tiada pekerjaan tetap
- Pendapatan Negara berkurang
- Kadar bunga pinjaman meningkat, maka pelaburan akan merosot
Dari segi sosial
- Kes jenayah meningkat
- Keamanan Negara terancam, imej Negara terjejas, pelancong luar Negara akan berkurang.
Dari segi politik
- Tiada wakil yang baik untuk menjadi pemimpin Negara
- Kebanyakan warganegara akan bermigrasi ke luar Negara.

Cara Penyelesaian
- Setiap pelajar wajib menyertai aktiviti kokurikulum dan terlibat dalam latihan industry (pratikal) untuk membina soft skill.
- Institusi kerajaan dan swasta bekerjasama menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan untuk warganegara.
- Kerajaan memberi pinjaman modal kepada graduan untuk menerokai bidang baru dan memulakan perniagaan kecil atau industri muda.

- Pihak kerajaan perlu menghantar pelajar yang cemerlang ke luar Negara untuk berkongsi ilmu teknologi dengan warga asing.


Kesimpulannya, ini hanyalah pendapat saya... How about you? =D

No comments:

Post a Comment