Monday 9 December 2013

Bersyukur

  Kita perlulah sentiasa bersyukur yang apa kita ada sekarang. Biasanya, kita akan sentiasa menyalahkan orang yang telah membuat kesilapan. Ini hanyalah akan menjadi minda kita sentiasa berada dalam keadaan yang negatif. Sepatutnya kita perlulah memberi peluang kepada orang lain untuk membetulkan kesilapannya. Ini bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah tersebut, dan juga dapat mengelakkan kesilapan yang sama berulang kali. 

 Seterusnya, kita perlulah bersyukur kepada ahli keluarga, terutamanya ibu bapa. Jangan berbanding dengan keluarga lain. Setiap keluarga mempunyai masalah mereka. Jangan selalu bertanya apa yang masyarakat boleh buat untuk anda, berfikir dulu apa yang anda boleh buat untuk masyarakat ini.

 Bersyukurlah cabaran yang anda menghadapi sekarang. Ini mungkin membawa kesusahan sekarang, tetapi ia mungkin akan membawa kesenangan pada masa depan. Kita mestilah belajar dari kesilapan. Bersyukurlah masa bersama dengan kawan-kawan, Sebab kita tidak mengetahui bila itu masa akan berpisah. Janganlah bersikap suka mengira. Kita mestilah saling bantu-membantu apabila mempunyai masalah.

 Secara ringkasnya, kita mestilah sentiasa bersyukur kerana kita mempunyai kehidupan yang selesa dan keamanan berbanding dengan negara yang miskin dan mundur.


  

No comments:

Post a Comment