Wednesday 18 December 2013

Sesi Pembentangan

  Pada 11/12/2013, kami telah menjalankan sesi pembentangan untuk Aplikasi Komputer. Setiap kumpulan telah diberi 20 minit untuk membentangkan topik masing-masing. Sesi tersebut telah dijalankan selama 8 jam dari 8am hingga 4pm. Sesi ini adalah untuk membentangkan Power Point and Access. Kami telah menggunakan masa itu dengan sepenuhnya.

  Topik kumpulan saya adalah Media Sosial. Kami telah menggunakan beberapa media sosial yang amat popular kini seperti facebook, whatsapp, twitter dan instragram. Media-media sosial tersebut telah banyak digunakan oleh masyarakat kini. Walaubagaimanapun, kami hanya menggunakan 15 minit untuk membentangkan topik kami. Dalam pembentangan tersebut, kami telah menghadapi sedikit masalah teknikal yang menyebabkan menangguhkan sedikit masa untuk sesi ini. Oleh itu, saya meminta maaf kepada semua ahli yang melibatkan dalam perbentangan ini.Ringkasnya, kumpulan saya telah bekerjasama dan saling bertolak ansur dalam melaksanakan tugasan ini.

  Secara keseluruhan, semua kumpulan telah membuat yang terbaik dalam sesi pembentangan ini. Semuanya telah mempersembahkan video yang amat menarik. Saya berharap Encik Azzwan akan berpuas hati dengan usaha kami. Tambahan pula, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik Azzwan kerana telah memberi komen yang amat bermanfaat kepada kelas kami.

Sekian, terima kasih!

No comments:

Post a Comment