Thursday 19 December 2013

Negara kita, harapan kita

  Malaysia, satu negara yang penuh dengan sumber semula jadi, dan mempunyai iklim yang baik. Sepatutnya, negara ini senang dimajukan dan dapat berdaya saing negara-negara lain. Tetapi, situasi sekarang adalah terbalik. Semua yang kita ada, melebihi negara lain seperti Singapura, tetapi Singapura dapat lebih maju daripada kita, Malaysia. Ini adalah satu perkara yang amat sedih dipandang oleh masyarakat.


 Sebelum pilihanraya, mereka berjanji akan berbuat yang terbaik untuk rakyat. Selepas menang, apa yang mereka telah buat?Harga Naik. Belanjawan tahun 2014 amat dikecewakan. Tiada apa faedah yang benar-benar dapat membantu masyarakat tahap miskin. Sebaliknya, telah menambahkan beban keluarga. Ini bukanlah dasar yang kita mahu ada.



  Pertama, GST akan dikenakan pada tahun 2015. Kedua, harga petrol naik. Ketiga, harga gula naik, tiada subsidi diberi lagi. Keempat, cukai pintu dinaikkan. Kelima, harga barang keperluan akan terus dinaikkan. Keenam, caj perkhidmatan pengangkutan dinaikkan. Kelapan, harga eletrik naik. Kesembilan, harga tol akan dinaikkan nanti. Adakah ini yang rakyat ingin tengok?



  8 tahun yang lepas, PTPTN akan meminjam lebih kurang RM3000 untuk satu sem kepada mahasiswa-mahasiswi IPTA. Selepas 8 tahun, maksudnya tahun ini! PTPTN masih memberi pinjaman yang sama kepada semua mahasiswa! Adakah ini bermaksud tahun dari semasa ke semasa, semua barang di Universiti termasuklah makanan tidak pernah naik harga? Tambahan pula, kerajaan telah memgumumkan tentang pada depan akan memberi baucer Rm250 kepada semua pelajar STPM dan IPTA/IPTS. Adakah cara ini betul-betul ada menjaga kebajikan semua pelajar?


  Apa yang kita ada sekarang? Kita perlulah sentiasa berhati-hati apabila berjalan di jalan raya. Kerana anda tidak mengetahui bila akan menjadi target penjenayah. Kita perlu bertambah beberapa lock di rumah lagi kerana kita tidak mengetahui bila akan menjadi target pencuri. Wanita-wanita juga perlu berhati-hati semasa berjalan di tempat gelap kerana anda tidak mengetahui mungkin anda telah diekori oleh perompak di belakang. Apakah yang pihak berkuasa sedang lakukan? Bilakah kita boleh letakkan tekanan seperti ini?


  Kita bukan suka mengadu, kita hanya ingin mendapat satu tempat yang aman dan selesa untuk tinggal. Kita hanya ingin mendapat satu keadilan untuk semua bangsa. Adakah ini susah dicapai?

No comments:

Post a Comment