Wednesday 18 December 2013

Set 4

  Hari ini merupakan kelas kuliah yang terakhir untuk set 4 Aplikasi Komputer. Ini bermakna hari ini mungkin adalah kelas yang berakhir bersama dengan Encik Azzwan.

  Set 4, nama pensyarah : Encik Azzwan.

  Beliau merupakan seorang yang suka bergurau dan sporting dengan pelajarnya. Saya berasa beliau lebih istimewa daripada pensyarah lain. Why? Sebagai contohnya, pensyarah lain hanya akan mengajar tentang subjek mereka sahaja. Tetapi, dia bukan, selain mengajar.beliau akan berbual-bual antara satu sama lain.Ini telah menyebabkan kelasnya lebih menarik. (walaupun sesetengah masa telah menggunakan masa yang terlalu banyak untuk berbual, haha!) Dan salah satu sebab saya mengaguminya adalah, Encik Azzwan dapat mengingat nama semua pelajar dalam kelasnya! Ini adalah sata perkara yang saya jarang nampak dalam kelas kuliah lain ( dan sampai kelas terakhir hari ini, saya masih tidak dapat ingat semua nama dalam kelas ini^.^)  sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik Azzwan, kerana beliau telah memberi ajaran yang amat berguna kepada kita.

  Seterusnya, UKM merupakan Universiti yang amat terkenal di Malaysia. Tetapi, mengapa komputer yang kami guna di makmal masih dalam kualiti yang amat rendah sekali? Adakah pihak berkuasa haruslah menggunakan sebahagian dana untuk meningkatkan mutu makmal FEP?  Masalah ini telah menganggu kami semasa menjalankan lab test. Kami terpaksa menyiapkan tugasan dengan menggunakan komputer yang lag lag lag~~ Dan kami tidak tahu bila-bila masa, komputer kami akan tiba-tiba tertutup atau "masalah teknikal". Adakah kemudahan asas ini susah untuk dipenuhi?

  Akhir sekali, Set 4 ini mempunyai seramai 42 pelajar yang diwakili kaum melayu, cina dan juga india. Walaupun kami sentiasa duduk bersama sama kaum, tetapi kami masih akan saling bantu-membantu dengan kaum lain apabila menghadapi masalah. Mereka tidak pernah berasa untuk takut berkongsi pengetahuan. Sebagai contohnya, apabila saya mempunyai masalah tentang tugasan individual (mircosoft words & excel), Fiza dan Fikri sanggup meluangkan masa untuk menjelaskan kepada saya dan kawan saya. Pada pendapat saya, tugasan kumpulan juga amat memberi manfaat kepada kami. Melaluinya, kami dapat berkomunikasi dengan kawan lain dan juga merapatkan hubungan.

  Kesimpulannya, saya memahami Encik Azzwan sentiasa tegur kami adalah kebaikan kami. Di sini, saya berjanji akan membuat yang terbaik dalam final test, dan mengamalkan apa yang saya pelajari dalam kelas pada masa depan. Semua benda yang dipelajari dalam kelas pastilah amat berguna pada masa akan datang.


Semoga berjaya, pelajar set 4
Terima Kasih, Encik Azzwan.
 

No comments:

Post a Comment